Checklist Keperluan Baby

Berikut ialah barangan asas yang perlu disediakan sebelum menyambut kelahiran bayi...semoga ianya membantu:

Barang perlu untuk baby
1. Baju baby (beli saiz besar sikit pun tak apa saiz 14 or saiz M pun ok)
- Campurler yang lengan panjang + lengan pendek
- Seluar panjang, seluar pendek
- Baju jenis lubang-lubang (in case anak nanti jenis tak tahan panas, cepat ruam boleh pakaikan)
2. Selimut untuk baby
- Saya beli jenis yang ada sekali dengan tutup kepala boleh jugak guna as towel.
4. Kelambu baby, tilam bantal
5. Lampin
-S'rang pakai pampers, so tak payah beli banyak. satu set cukup.
6. Pampers beli saiz s or newborn
-Pendapat saya beli yang murah-murah saja, sebab masa ni baby tengah kerap buang air
7. Losyen and baby oil and bedak
- Boleh guna masa tukar lampin, boleh elakkan ruam
but, bedak jangan guna sangat time baru-baru lahir tak elok, debu. (jangan beli banyak sangat sebab kalau ada kawan2 melawat nanti penuh rumah ngan hamper sam ni)
8. Baby wipes
- Nanti senang nak mencuci beraknya
9. Botol susu
- Beli saiz kecil 3, dua untuk susu satu untuk air masak. or kalau menyusu badan 2 cukupler. Yang saiz besar kemudian-kemudian pun boleh beli.
10. Sarung tangan/kaki baby
- Belilah 6,7 pasang pun tak apa, sebab boleh tukar selalu, cepat kotor. Beli yang jenis lubang-lubang tu sama, supaya tangan baby tak berpeluh.
11. Barut baby
Seeloknya yang buat sendiri punya.

Barang untuk ibu bawak pegi hospital
1. Minyak angin panas
Guna sapu seluruh kaki, belakang selepas bersalin
2.Stokin
- Lepas sapu minyak angin terus pakai stokin takut masuk angin
3. Pad
- Penting supaya tidak kelam kabut nanti
4. T-shirt longgar
- Kalau yang ada butang lagi senang (menyusu anak nanti)
5. Kain batik 4-5 helai
6. Tuala mandi dan alat mandi sabun, etc...
7. sedikit makanan dan minuman.
9. Buku rekod kesihatan masa mengandung
10. Ubat or vitamin yang perlu

rasanya itu yang asas perlu ada...may be ada yang tercicir, harap orang lain dapat membantu