Peraturan Mencari
Jodoh
Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin
kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan
menjadi ukuran penting
di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada
agama.
Sabda baginda yang bermaksud:
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin
kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana
harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah
mereka atas dasar agama.
Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih
baik. " (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).
Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan
harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat
dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan
kehidupan rumahtangga.
Keturunan Dan Kufu'
Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang
telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek
yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan
hidup keluarga.
Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami
mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna
wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini
dan dipandang hina. Bahkan
apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk keluarga
yang mahu mencapal peringkat yang ideal.
Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri,
sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan
dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan
anaknya.
Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati
agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai
dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.
Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu'
atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf.
Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak
sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka
berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek
inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu
dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama.
Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi
pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup
dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada
insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam
mengakui darjat-darjat hidup manusia.
Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang
mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum
di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai
penting. Mereka memandang
tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat
berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek
kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama
sahaja. Tetapi satu aliran
hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang
perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan
lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga,
kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang
perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu
menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru
yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan
masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin
dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan
masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti
kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan
dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.
Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang
anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya
untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya.
Demikian juga aliran
ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah
dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga
kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.