Biografi

Abdul Halim Abdullah

(1977-...)

 

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Abdul Halim Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah La Salle, Brickfields (1984-1994). Nasib manusia tidak selalunya baik, keputusan SPM beliau tidaklah secemerlang yang diharapkan. Sebagai pelajar harapan sekolah dan anak harapan ibu dan ayah, beliau memandang masa hadapan beliau cukup gelap. Kiranya pada waktu itu, beliau hilang keyakinan diri.

Alhamdulillah, ALLAH tidak menjadikan hambanya sia-sia...beliau diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) cawangan Kuala Lumpur. Diploma Sains Komputer, itulah kursus yang ditawarkan kepada beliau.

Peluang yang beliau terima ini, beliau gunakan untuk menebus kembali kegagalan beliau di peringkat SPM. Perjuangan beliau bukanlah mudah. Pada awal pengajian, beliau terlalu tertekan memandangkan beliau tiada asas Matematik Tulen dan Fizik. Ini kerana di peringkat persekolahan beliau didedahkan dengan aliran Sastera.


Berkat rahmat ALLAH SWT dan doa ibu dan ayah, beliau berjaya juga menamatkan pengajian di ITTAR (1997) dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengkhususan Kejuruteraan Perisian (Software Engineering). Alhamdulillah, beliau berjaya menamatkan degree beliau mengikut waktu yang ditetapkan (2000).


Sebaik sahaja tamat pengajian di USM, beliau ditawarkan untuk bekerja di Advance Semiconductor Engineering (ASEM), Penang sebagai System Analyst (juga dipanggil IT Engineer). ASEM merupakan syarikat Multinasional yang berpusat di Taiwan. Peluang ini beliau terima demi mencari pengalaman kerja.


Genap setahun beliau bekerja di kilang ASEM, beliau berpeluang pula untuk melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Master di Universiti Putra Malaysia (UPM). Peluang ini tidak beliau sia-siakan. Meskipun sumber pendapatan beliau di ASEM cukup lumayan, namun terpaksa beliau tinggalkan untuk mengejar cita-cita.


Beliau kembali semula ke tanah kelahiran beliau, Kuala Lumpur setelah kira-kira 4 tahun mengharungi hidup di Penang. Nasib beliau baik apabila diterima kerja di Teliti Computers di samping meneruskan pengajian di UPM.


Terima Kasih buat semua yang berada di persekitaran beliau. Ketahuilah, tanpa budi baik dan teguran anda semua beliau bukanlah abdul halim yang anda kenal sekarang...

Alhamdulillah, semoga ALLAH Azza wa Jalla merahmati dan memberkati hidup kita semua.