Biografi

Noorarzalina Yusoff

(1981-...)

Dengan kuasa ALLAH azza wa Jalla, maka lahirlah seorang insan pada tanggal 21 November 1981.

Berasal dari Kuala Terengganu, Noorarzalina Bte Yusoff merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Seorang anak gadis yang cukup manja dan bertanggungjawab. Dalam kalangan keluarganya, Noorarzalina lebih dikenali sebagai "lina".

Lina dibesarkan oleh datuk dan neneknya dengan penuh kasih dan sayang. Datuknya yang dikenali sebagai cek merupakan seorang nelayan yang cukup tabah menempuh gelora hidup. Nenek lina, yang dipanggil sebagai "mak" pula merupakan seorang ibu yang cukup penyayang dan pendidik yang terbaik. Berkat kasih dan sayang cek dan mak, dan didikan yang sempurna, maka tersemailah jiwa insaniah Noorarzalina.

Lina mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Mengabang Telipot. Seterusnya, lina melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot. Sebagai seorang yang begitu sayangkan Islam, alhamdulillah, beliau aktif dalam gerakan kelab Muslimah Islam disekolahnya.

Setelah menamatkan persekolahan, lina menceburi pula alam pekerjaan Beliau berjaya mendapat pekerjaan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Pada awal penceburannya, lina ditempatkan di Fakulti Sains Kimia sebagai Pembantu Tadbir. Kemudian, beliau ditempatkan pula ke Jabatan Bendahari hinggalah ke hari ini.

[Laman Tiga Dara Pinggitan]
Laman Peribadi Noorarzalina bersama dua teman beliau, Ramlah dan Siti. Dalam laman ini, Noorarzalina telah menulis sajak yang cukup menusuk di kalbu.