« April 2024 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «


blog mencarikeredhaan
Sunday, 27 June 2004
Sabda Nabi SAW yang buat ambo termenung sejenak
Mood:  cool
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Bermulanya hari ini, ambo mulakan dengan membaca kitab PENAWAR BAGI HATI yang dikarang oleh Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib Al-Indunesia AL-Mandili. ambo sengaja mengulangkaji kuliyyah Tasawwuf ambo yang berlangsung setiap hari Isnin, sejurus selepas solat Asar. Kuliyyah ini dipimpin oleh Ustaz Omar. ambo ingin berkongsi dengan pembaca akan sabda nabi Muhammad SAW yang berbunyi: "Barangsiapa banyak perkataannya nescaya banyak oleh tersalahnya, dan barangsiapa banyak tersalahnya nescaya banyak dosanya dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka itu lebih utama dengan dia" - hadith ini diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam Al-Hilyah daripada hadith Ibu Umar radhiyallahu 'anhuma. hadith ini membuka ruang minda ambo. Termenung sejenak ambo memikirkannya. Justeru,sahabatku, fikirlah dulu sebelum menutur kata. Usah ikut nafsu dalam berkata-kata...kerana kiranya diikut nafsu dalam berkata-kata, tentu ada dusta. Kedustaan itu mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Allah SWT berfirman: "...maka menjadikan kita akan laknat ALLAH Ta'ala atas sekalian yang berdusta". Ustaz Omar berkata, apabila ALLAH SWT melaknat kita (nauzubillah) maka kita akan dijauhkan Rahman ALLAH SWT. Apabila kita tidak beroleh Rahmat ALLAH SWT, maka tidak mustahil jiwa kita tidak beroleh ketenangan. Wallahua'lam.

Posted by mencarikeredhaan at 3:30 PM

Newer | Latest | Older