Impian Kasih

Noorarzalina Yusoff

&

Abdul Halim Abdullah




Tuhan...

Dari setitis cintaMU

KAU limpahkan seluruh cinta ini

Cinta Warisan Adam dan Hawa

Cinta yang berputik di taman syurga

Tumbuh dan berbunga di taman dunia





Namun...

di hati seorang lelaki

yang bakal bergelar suami

mengimpikan seorang wanita solehah

sebagai isteri

merindukan pertemuan di pelamin keredhaan

sama berganding menuju keampunan

sebuah rumahtangga bahagia

bayangan syurga idaman...





kau yang ditakdirkan di suratan azali

untuk hadir dalam hidup ini

bukan permata yang kujanjikan

sebagai mahar perkahwinan

tapi sebuah Cinta

yang kubina di dasar Iman

sebuah Kasih

yang kusemai di taman Islam



moga-moga kau sudi menerimanya

agar impian kasihku

menjadi kenyataan...



kau dan aku

segera diketemukan...



(dipetik dari album In-Team, Impian Kasih)

Impian Kasih


kasih
dengarlah
hatiku berbicara
kasih izinkan diriku bertanya
bisakah cinta bersemi
mengundang restu ILAHI
adakah bahagia yang diimpi
menjadi satu rialiti

kasih
kusedari kekurangan ini
kasih kuinsafi kelemahan diri
kuingin sunting dirimu
menjadi pemaisuri hatiku
sebagai isteri yang berbudi
kebanggaan para suami

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga di dalam rumahtangga

hanya itu
yang kuinginkan
dari insan yang amat kusayang
damaikanlah resah hatiku
aku rindu kasih dan sayangmu
terimalah seadanya
akulah hiasan pelamin hidupmu

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga di dalam rumahtangga


seandainya tiada jodoh
untuk ke singgahsana
kupasrahkan segalanya
kerana takdir yang menentukan
impian kasih
oh impian kasih








Noorarzalina Yusoff,



Abg sayang padamu
Hanya ALLAH SWT yang tahu betapa abg kasihkan ayg
moga-moga ALLAH SWT  meredhai perasaan yang berputik
di dalam sanubari ini

 

Laman Utama